Raksasa 3
Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
First of all, thanks for admins and moderator yang publish cerita aku
Secondly, Hai semua! amacam? Serik nak tengok wayang? Jangan serik, tak semua pawagam 'bermasalah'. Seingat aku, aku dah 'tolong relief' campur 'outlet' yang aku dipertanggung jawabkan ada ler.... dalam 8 outlet pelbagai saiz hall. Dan dalam 8 outlet ni, cuma 2-3 outlet je yang betul2 buat aku sakit otak! Mungkin kalo kena posting lama kat situ, aku boleh jadi gila! hihi
So ini cerita aku yang terakhir pasal wayang dari pengalaman aku sendiri, kali ni berkenaan filem/movie checking, takdelah seram mana pun. Jangan risau, cerita aku semua biasa2 je. Kalo korang suka, 'sila ketik' button like, terima kasih.. Hihi
Untuk pengetahuan korang, orang 'pertama' yang 'menonton' sesebuah movie, dulu pakai 'filem' (macam filem kamera lama2 tu, kita orang budak wayang panggil 38mm filem) atau pun selepas datangnya teknologi baru pakai thumb drive, nak kena upload download lah, memang leceh dan makan masa. Pengurus la yang mendapat keistimewaan layan movie untuk pertama kalinya.
Tujuan praktis ni dibuat, supaya kalo movie ada calar kat screen atau gambar tak center ataupun sound projection tak bunyi untuk sesetengah speaker, kita boleh 'ekjas' dengan projectionist untuk potong bahagian calar, atau edit bahagian tu kalo menggunakan thumb drive. Tapi thumb drive sekarang dah 2D, gambar dah crystal clear!
Yang sangat2 tak bestnya biasanya tayangan 'pratonton' ni, akan dibuat dalam hall yang takde orang!
Yelah, movie tu 'official launching' esokkan?nama pun 'pra', takkan nak ajak pelanggan masuk sekali join ko tengok!
Biasanya akan buat kat hall yang mungkin malam tu takde pelanggan, sebab jadual movie baru 'MESTI' masuk hari khamis (world wide buat macam ni, aku pun tak tau kenapa?), so rabu tak ramai pelanggan (bukan tiap2 hari ada full house orang tengok wayang, beb!), kita tengok kat hall yang takde oranglah, dan semestinya pratonton ni dibuat dalam slot terakhir tayangan
Ada la sekali tu, kalo tak silap aku kena check movie omputih, aku dok la dalam hall, layan iklan2 semua, layan la movie tu untuk 20-30 minit. Masa ni, aku berteman dengan sorang projectionist. So takde masalah lah
Aku perasan ada orang masuk, sorang lagi projectionist, aku panggil uncle, sebab dia dah tua, baya bapak2 aku kot
kemudian aku rasa nak terkencing, aku bangun dan blah la.
Masa nak keluar panggung, aku berbual la sekejap dengan uncle ni.
Tanya dia dah makan ke belum, movie tadi masa dia 'received' agak2 ditayangkan berapa jam
Dia pun jawab biasa2 je, macam takde apa2
Pastu aku keluarlah ke tandas...
Tandas ni terletak dekat luar pawagam dalam level yang sama, so kena berjalan jauh la jugak nak ke tandas
Masuk je tandas.....
aku dah nak melompat!!
Agaknyalah kan, kalo manusia ni ada dua jantung, aku punya satu mesti dah collapse!!
Uncle tadi yang berbual dengan aku tengah betul2kan jambul dia kat cermin depan sinki!
Dengan muka selamba takde rasa bersalah! Padahal tadi takde pulak aku perasan jalan bersaing dengan dia!
Aik??
Aku tanya lah dengan dia
"cepatnya u jalan uncle?"
"jalan? Memang dari tadi saya sini juga!" balas uncle
"hah??? Tadi saya dari hall 5 buat movie checking, u ada sana, cepatnya u jalan!!" aku cakap
"mana ada? Saya baru turun juga, tadi atas saya kasi tutup hall 4 punya movie!" kata dia lagi
Demmmmmm......
Dengan siapa aku bersembang tadi dalam hall??
Tak tipu korang lah, aku berlari balik tahan kencing pergi kat hall 5, kalo bertanding dengan pelari pecut negara khairul hafiz jantan, sure aku menang! Cuma untuk tengok orang tua tu balik je dalam hall
Masuk je hall, aku nampak member aku yang masuk sekali mula2 dengan aku.
Aku pegi dekat dia, dia dah nampak macam terkejut.
"cepatnya lu kencing bro?" kata dia
"belum kencing lagi, eh tadi ko ada nampak uncle masuk join kita buat checking tak?"
"takdelah!! Kita berdua je dari tadi, tu haaa dia masuk tu! Kenapa? Ko rindu ke? Hahaha..." kata dia
Uncle tu pun time ni lah dia nak masuk, nampak muka dia terhegeh2 tengah tengok seat mana nak duduk
"tak lawak la setan!! Aku tak sedap hati lah, meh lah kita turun bakar lemang (password nak ajak isap rokok ni)" kata aku
Sampai situ jelah movie checking aku malam tu, uncle projectionist tu jelah check sorang2, aku dok je kat office tunggu semua hall clear, pastu balik.
Aku tak cerita kat siapa2 pun insiden ni, staff aku masing2 kalo dengar cerita hantu mula lah 'menggelabah puyuh', tak 'jumpa' pintu nak masuk bangunan tempat keje lah, kucing masuk lokap lah dan pelbagai lagi alasan2 yang tak relevan dan seangkatan dengannya untuk memonteng kerja.
Sekian cerita aku yang tak berapa seram
Link cerita 1 : https://m.facebook.com/groups/210910685616615?view=permalink&id=4145506538823657
Link cerita 2 : https://www.facebook.com/groups/kelabceritahantumalaysia/permalink/4147368148637496/
Link cerita 3 : https://www.facebook.com/groups/kelabceritahantumalaysia/permalink/4151133828260928/
Link cerita 4 : https://www.facebook.com/groups/kelabceritahantumalaysia/permalink/4155894214451556/
Comments
Post a Comment