Raksasa 2

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan. Aku mula join dalam industri wayang ni bermula dari 2010, aku masih ingat lagi satu peristiwa semasa aku masih dalam tempoh percubaan dan latihan, syarikat hantar aku bertugas luar kawasan di sebuah panggung di sekitar johor. Kalau korang nak tau, dalam banyak-banyak tempat yang angker dalam sesebuah shopping kompleks, pawagam lah yang paling angker. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab nombor 1. Tiada ruang solat dalam kawasan panggung (kalau ada pun dalam mall, level mesti berbeza), dan tiada sesiapa yang bersolat dalam panggung 2. Ramai budak melayu yang aku jumpa buat projek dalam wayang, bangsa lain, boleh 'check in' hotel tanpa masalah, so budak2 melayu, nak check in, takut kena serbu jabatan agama, jalan paling mudah, panggung wayang la. Dah ramai aku cekup, dan call mak bapak diorang suruh kutip. Haha! Tulah gatal sangat! 3. Hall-hall dalam panggung ni bertahun tak penah kena cahaya matahari, takde pencahayaan yang baik, dengan udara terkempap, dan hampir keseluruhan hari berjalan dengan lampu 80peratus malap, jadi lebih syok untuk mahluk lain tumpang jadikan tempat tinggal Berbalik pada cerita aku, aku dah training 'opening' untuk dua hari, dan baki jadual aku untuk esok sampai hujung bulan, management bantai taruk malam je, sebab belajar 'closing' tu susah. Nak jadi cerita pada minggu ketiga, kalau aku tak silap hari ahad malam, masa tu panggung tengah top tayang ironman 2, dengan ip man 2, lepas customer last keluar. Aku dengan staff2 yang dah planned nak ngeteh tunggu budak department projectionist yang last turun. Kita orang tunggu dia kat last glass door sebelum mall. Projectionist ni, department yang 'pasang, pancar dan tayang' movie. Masa dia turun, nampak dengan jelas dia lebih kepada mengelupor dari berlari sambil tutup lampu dan bergerak ke arah kita orang. Aku, "eh, pehal si syasya (nama dia syah, tapi kita panggil syasya, sebab dia pernah tersilap cakap syah sebanyak dua kali, sampai lekat nama syasya tu) tu mengelupor?" Dia pun sampai, "syah, ko kenapa?" aku tanya "sir (diorang dah di trained untuk panggil pegawai dengan panggilan sir), hall 4 ada orang menangis!!!" jawab syah cuak, muka dah macam nak nangis, "adoiiiiiiii.......cam mana ni?!!" aku kata Sepontan aku teringat safe yang aku dah lock tadi, cash ada banyak 'puluhan ribu', maklumlah kutipan jualan untuk 3 hari, jumaat sampai ahad, safe guard yang kutip duit tu pulak cuma boleh datang esok siang je! Adoiiiiii.... Baru-baru ni area ampangan ada rompakan melibatkan duit puluhan ribu lah jugak, aku dah risau pikir yang dok kat dalam hall tu perompak! Jilaker betol!! Reaksi sepontan aku, "ok2, tenang2, kita semua ada berapa orang? 1, 2, 3...........7! ok, kita semua 7 orang naik pegi check hall tu", taknak aku ambik risiko pegi check sorang2, dibuatnya betul perompak ke betul2 hantu ke, tak mati kena radak, mati kena cekik! Naya je! "tak yah sir, tu bukan orang! Sumpah bukan orang! Sekejap nangiss uhhuk...uhhuk..uhuk... Sekejap dia ketawa hi...hhhiiiiiiiii....hiiiiiiiiiiii" kata syah, sambil dia meniru aksi 'benda alah' tu menangis dan ketawa... Sumpah aku dah meremang, yang lain dah terpegun. "ko kompom bukan orang ke syah?" aku tanya "hmmmmm...." syah jawab "kompom?" aku nak pastikan lagi. "ye, kompom!" syah jawab. "ok sudah, aku nak kunci glass door ni, pasni kita balik lah, jangan lepak mana2" aku bagi arahan. Semua diam je, tak menjawab. Malam tu semua bersurai, tak taulah kalo budak2 tu curi2 lepak tanpa pengetahuan aku. Tapi untuk aku, baik aku balik. Esok pagi, manager on duty call aku pagi2, dia cakap, "eh bro, masa cleaner bersihkan hall pagi2, hall 4 ada suara orang macam menyanyi dalam keadaan berbisik, tapi bila bukak semua lampu dan diorang carik, tak jumpa apa2. Ko ada tau apa2 tak?" Aku cakap "aku tak tau, baik ko carik orang yang pandai untuk tengok2 kan" Insiden ni, diam seketika, sampai lah betul2 dah dilupakan sebab aku dah dapat konfirm jawatan dan kena pindah outlet lain. So pengajarannya, kalo korang bercadang nak buat maksiat kat dalam hall wayang, lupakanlah, bukan je Allah nampak perbuatan ko, silap2 ko buat dalam tu 3 orang! Hihi baru korang ada akal. Sekian cerita aku yang tak berapa seram.

Comments

Popular posts from this blog

Raksasa 3

Hantu ngekek