Hantu ngekek

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan. Insiden ni berlaku pada 5 syawal tahun 2001 setahun lepas aku spm, sepupu jauh dari pekan nanas datang tido rumah nenek aku. Nenek, mak aku dan mak sedara, tinggal dalam satu taman. Aki nama dia kita panggil tok aki, aku dengan sepupu aku butet, yang aku biasa lepak tiap2 malam pun ada sekali (dia ni dah macam abang aku dah, sekolah sama, bgaduh pun sama, banyak aktiviti 'lagha' yang aku buat dengan dia, cuma dia tua setahun je dari aku) Ceritanya malam tu semua dah bosan melepak main gitar, jadi member aku bagi cadangan... Pergi rumah tinggal... Cari 'entiti bukti'!! (time tu popular jugaklah rancangan entiti bukti dari indonesia ni) Adoiii...... Aku taknak ikut sebenarnya sebab beberapa bulan sebelum tu, aku dah ada insiden dengan 'gadis bertudung putih'! Tapi disebabkan terjadinya insiden cabar mencabar, menyirap darah kepahlawanan melayu dalam diri! Orang melayu pantang dicabar! Tergigit putus lidah, terbakar hangus berdarah, namun beranjak, tidak akan menyerah! Ewahhh.. "ko takut ke? Tak yah jadi laki laaa... Ko potong bagi anjing makan laa, ko punya barang... " kata sepupu aku butet "eh, mari kita pegi!!! Ko ingat aku takut eh? Ni jam aku jumpa, aku hagol kepala ko dengan 'dia'!" kata aku dengan beraninya Dia tak tau ke, aku pernah dicalonkan jadi ketua pengawas dulu kat sekolah sebab berani? Tapi aku kalah sebab aku tak popular macam muka k-pop! So bertolak lah kami 5 orang, aku, aki, butet, jep dan ajim, naik kereta kelisa tok aki, jauh ke hujung kampung, rumah atap rembia separuh roboh, depan rumah dah naik belukar sampai paras pinggang. Rumah tu rumah panggung, rumah papan yang asalnya dibina atas tanah haram, bila tuan tanah bagi notis suruh keluar, penduduk rumah tu keluar, mula dari situ lah dia terbengkalai, aku rasa lebih 20 tahun agaknya takde siapa pun dok rumah tu, dah senget sebelah dah pun, pintu pun tinggal satu. Dalam kereta masa bertolak tu, mangkuk2 tandas ni semua, boleh bantai pulak cerita hantu, cerita2 yang berkait dengan rumah tu katanya, gentayangan lah, tak diterima bumi lah, muka buruk sebelah lah, dan tah hape2 lagi lah untuk buat suasana jadi goyah. Sampai dah simpang nak masuk kawasan rumah tu, dari jalan raya dah bertukar ke jalan tanah merah, gelap jangan cerita laa... Lampu jalan yang last pun masa kat atas jalan raya tadi kita dah tinggalkan 200 meter. Yang si aki ni, bila tinggal 10 meter je dari rumah, dia stop kereta dia reverse kelam kabut.. "eh! Aku nampak hantu! Aku Nampak hantu" kata dia!! Aku dah mengelabah dah! Rupanya dia melawak... "anjir... Tak kelakau ler hawau!" aku kata Akhirnya dia parking betul2 sebelah kanan rumah. Tak boleh terlalu hampir dengan rumah, sebab banyak semak samun dah tinggi. Kiri kelapa sawit, kanan ada dusun. Rumah di tengah2 Kita orang pun turun... Berbekal kan semangat pahlawan aku yang dah separuh terbang dek kerana cerita hantu diorang dalam kereta tadi dan satu torch light, kita pun melangkah masuk. "hoi... Siapa di dalam? Kami di luar!" kata butet. Disambut gelak member2 aku. Time2 ni lah nak buat lawak P.ramlee Suluh sana suluh sini... Kami naik rumah, masuk rumah tu jumpa lah 1-2 barang2 'owner' dulu tak nak angkut, kertas2 berkulat dan bersepah atas lantai, papan dinding yang dah reput. Masuk bilik pertama, kosong... Tingkap daun kayu terbukak, menampakkan dusun durian dan manggis.. Satu dari tingkap dah tertanggal dari engsel.. Bilik kedua, pun sama.. Takde apa yang tinggal.. "eh? Kau bau busuk tak?" kata jep "aku terkentutlaa..." jawab aki... Berderai lagi ketawa.. Diorang ni kadang aku rasa macam tak berapa betul, buat kelakar tak kena tempat! Masuk pulak bilik ketiga yang menghadap dua bilik tadi.. Pun kosong jugak, tingkap terdedah, nampaklah kelapa sawit yang gelap gelita, aku suluh atas, nampak lah langit berteman bintang sebab atap rembia reput dah jatuh menyembah lantai. Seterusnya kami ke dapur.. Ruangnya luas, ada beberapa tingkap dah terbungkam, separuh bahagian dapur dah roboh habis, boleh nampak arah kelapa sawit yang gelap "eh! Ada suara mengekek laa..." kata ajim "shhhh... Diam2! Aku tak dengar..." aki menyahut "haah la, ada suara laaa..." kata butet Time ni torch light aku pegang boleh nak mampos pulak! "adoiiiii... Dia main torch light pulakkk!!!" kata aku Puas aku renjis, ketuk kat tapak tangan, bagi keluar lampu, lampunya hidup2 padam... Hidup2 padam... Nak suluh pakai fone, si aki ni pakai nokia 3310 je, mana nak datang cahaya? Diorang ni pulak macam 'suis takut' dah putus, masih lagi terjengah-jengah sana sini.. Tak heran kan apa2 pun Tiba-tiba Ajim bersuara "haaa.... kenapa?" "apa yang kenapa?" aku kata "taklah, yang ko cuit2 pinggang aku kenapa?" balas Ajim "eh? Bila aku cuit? Ko ingat ko 'hot' ke aku nak cuit2?" aku balas Masing2 dah tengok sama sendiri... Torch light hidup!!! Canteeeeekkkkkk!!! Aku pun suluh belakang Ajim . . . . . . .. . . . . Sekonyong-konyong nya nampaklah ada benda tengah mencangkung, dengan rambut menutupi muka. Baju putih kusam. Kali ni kuat betul bau busuk! Lebih busuk dari bau kentut tadi! Tangan dia tengah pegang hujung baju Ajim!!! Berpintal baju Ajim dengan jari2 tanpa tulang! "HUARGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!" Ajim dah menjerit macam kena sawan! SUPPPPPP!!!!!! darah menyirap naik kepala!!! "LARIIIIIIIIII!!!!!!" Aki pulak dah bagi perintah! Sekali lagi insiden lari berterabur jadi dalam hidup aku! Untuk kesekian kalinya aku benci kawan2 aku! Kenapalah tiap kali nampak hantu kena berlari? tak boleh ke kalo meniarap ke? bersila ke? Takdelah penat sangat. Masa lari tinggalkan rumah ni, 'acik' tadi yang pegang baju ajim, ketawa mengilai punyalah kuat Pundey! Gebang kencang nak cari hantu, dah jumpa di bantainya lari!! Salam peluk cium, laga2 pipi la kalo berani!!! Bahenol!! Dan untuk sekali lagi dalam hidup aku belum sampai 6 bulan, selipar baru bapak aku ganti, dah putus lagi!!! Putus dua2 pulak tu!!! Setan betol! Sampai mengah2 lari nak sampai jalan raya, 200 meter rasa macam 5 kilometer! Habis semak belukar depan rumah tu kita orang redah je! Kereta pun kita orang tinggal je! "Hnss..hnss" bunyik napas aku Berenti betul2 bawah lampu jalan! Agaknya masa ni, kita orang fikir, kalau ada cahaya lampu, takde hantu! Bodoh betul! Padahal kat mana ko berenti pun sama, cuma gelap dengan tak je! Aku yang pertama sampai bawah tiang lampu! Kemudian aki, jep dan butet. Butet belum jumpa jalan raya, dah dua kali aku nampak dia meniarap! Meniarap ke tertiarap ke, gitulah.. Asyik lari2 jatuh je keje dia. Dia ingat kelakar kalo buat macam tu agaknya. Dari jauh aku nampak la si ajim ni tengah punggah 'seluruh' kekuatan meta fizik yang dia ada untuk berlari, sebab saiz badan dia besar! Dah la besar, cara dia lari pun kelakar! "kahkahkahkah... Ko tengok ajim tu? Takot betol diaa.... Mentetel-tetel dia lari....perut lari dulu Kahkahkah" aki gelakkan ajim Tergelak tengah mengah susah ye gais! Aku tak tipu.. Percayalah.. Ajim sampai dengan termengah2 dengan baju dah rabit(koyak sikit) sebelah. "vavi la korang!! Lari tak tunggu aku!! Vavi betul!!!" kata ajim Dia muntah kat situ jugak! Sebab mengah! Punyalah banyak dia muntah, aku rasa cacing kerawit dalam perut dia semua keluar! "eh jim, ko kencing dalam seluar eh? Kahkahkahkah!!" Jep pulak gelakkan Ajim "patutlah aku rasa panasssss je" kata Ajim sebelum muntah lagi Kahkahkah.. "Gelak, gelak juga, kereta kau tu siapa nak bawak keluar? Takkan nak balik jalan kaki? Seliper aku putus ni!" aku kata sambil tunjuk kan seliper jamban aku yang dah terkeluar holder untuk ibu jari kaki. "kahkahkah... Sampai putus selipar!" butet ketawa sambil tunjuk2 selipar aku "alah, ko tu berlari 2-3 kali tersembam tak kira pulak?" aku jawab balik "alamak!!! Aku sakit perut la, Ko ambikkan kereta aku lah butet!" aki cuba untuk culas 5 minit berlalu... 10 minit dah berlalu.... Dah puas ketawa walaupun seram.. Malam makin larut, suasana yang tadi tegang kendur dengan ketawa dah jadi reda, masing2 dah kembali waras, Nak ke taknak, suka ke tak, kami masuk balik ramai2 untuk bawak keluar kereta. Yang bahenol nya, semua dah naik kereta, kereta pulak taknak hidup!! Seram tadi tak abis lagi, aku dah rasa dedor dah ni. Terpaksa pulak kami ramai2 tolak kereta secara mengundur sampai tiang lampu yang kami lari tadi. 2-3 kali start lepas tu, kereta pun hidup. Ajim naik kereta pakai spender, sebab seluar dia hancing... Tak tahan bau!! Aki suruh simpan kat bonet! Carik stesyen minyak dia turun selamba je masuk dalam toilet pakai spender je, untuk cuci seluar dia! Bangang betul! Lepas tu kami ke mamak, sembang sampai pagi, gelak tak berenti. Seluar Ajim, kering kat badan je, sebab dia dah di nasihatkan, balik lepas cerah, jadi dia kena join lepak sampai pagi Malam tu, teruk ajim kena bahan! Alhamdulillah, takde gangguan lepas kejadian, takde pulak kerasukkan, cuma dedor2 badan je sebab insiden tu. Seram tu memang seram, tapi bila mengenangkan balik, betapa jahilnya kami, aku ketawa sendiri. Zaman aku membesar takde gajet2 canggih macam sekarang, aktiviti sosial memerlukan kami bersosial secara fizikal. Sepupu2 aku, kawan2 aku dah jadi ketua keluarga yang berjaya dah pun, semua dah insaf dan kembali ke jalan yang benar. Sesekali terserempak bila balik kampung, dan bukak cerita ni, masih pecah bederai lagi ketawa. Pengajaran yang aku kutip dari sini, takyahlah nak ber'entiti bukti' sangat! 'seekers2' bagai. Nasib baik kami keluar hidup2! Kalau keluar ada yang dah tak bernyawa? Tak ke naya nak menjawab dengan keluarga masing2? Lainlah kalau korang memang profesional dan terlatih untuk buat aktiviti ni! Hanya untuk berseronok, ada yang kehilangan nyawa! Just value life! Live life happily, as u only live once! Sekian cerita kelakar seram aku lagi. Moga terhibur.

Comments

Popular posts from this blog

Raksasa 2

Raksasa 3