Posts

Showing posts from October, 2023

Hantu ngekek

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan. Insiden ni berlaku pada 5 syawal tahun 2001 setahun lepas aku spm, sepupu jauh dari pekan nanas datang tido rumah nenek aku. Nenek, mak aku dan mak sedara, tinggal dalam satu taman. Aki nama dia kita panggil tok aki, aku dengan sepupu aku butet, yang aku biasa lepak tiap2 malam pun ada sekali (dia ni dah macam abang aku dah, sekolah sama, bgaduh pun sama, banyak aktiviti 'lagha' yang aku buat dengan dia, cuma dia tua setahun je dari aku) Ceritanya malam tu semua dah bosan melepak main gitar, jadi member aku bagi cadangan... Pergi rumah tinggal... Cari 'entiti bukti'!! (time tu popular jugaklah rancangan entiti bukti dari indonesia ni) Adoiii...... Aku taknak ikut sebenarnya sebab beberapa bulan sebelum tu, aku dah ada insiden dengan 'gadis bertudung putih'! Tapi disebabkan terjadinya insiden cabar mencabar, menyirap darah kepahlawanan melay...

Awek tudung putih

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan. Kisah ni jadi tahun 2000, masa aku masih kutu rayau, baru lepas spm, belum dapat keputusan, dan aku sendiri belum ada hala tuju hidup. Kawan2 dah suruh 'apply' borang 'UPU', aku pulak reply "nantilah, esok2 nak kawen, aku pikirlah nak ambik ke tak?" hahaha... Memang longoi.. Lepak tepi jalan berteman gitar kapok, main gitar macam orang gila, takde topik nak berbual pun takpe, yang penting mesti kena melepak, balik rumah pukul 2-3 pagi. Sampai kena sound dengan mak, "ko buat rumah ni macam hotel, nak balik nak keluar ikut suka hati!" haha... Indahnya dunia tanpa masalah, terutamanya kewangan. Satu hari aku melepak dengan sorang sepupu dan 3 kawan, port biasa kita orang lepak, nun di hujung simpang, dekat dengan bas stop dan ada jalan mati di seberang jalan. Port ni biasa brother2 lori park lori situ sebab lori tak boleh bawak...

Raksasa 3

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan. First of all, thanks for admins and moderator yang publish cerita aku Secondly, Hai semua! amacam? Serik nak tengok wayang? Jangan serik, tak semua pawagam 'bermasalah'. Seingat aku, aku dah 'tolong relief' campur 'outlet' yang aku dipertanggung jawabkan ada ler.... dalam 8 outlet pelbagai saiz hall. Dan dalam 8 outlet ni, cuma 2-3 outlet je yang betul2 buat aku sakit otak! Mungkin kalo kena posting lama kat situ, aku boleh jadi gila! hihi So ini cerita aku yang terakhir pasal wayang dari pengalaman aku sendiri, kali ni berkenaan filem/movie checking, takdelah seram mana pun. Jangan risau, cerita aku semua biasa2 je. Kalo korang suka, 'sila ketik' button like, terima kasih.. Hihi Untuk pengetahuan korang, orang 'pertama' yang 'menonton' sesebuah movie, dulu pakai 'filem' (macam filem kamera lama2 tu, kita orang...

Raksasa 2

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan. Aku mula join dalam industri wayang ni bermula dari 2010, aku masih ingat lagi satu peristiwa semasa aku masih dalam tempoh percubaan dan latihan, syarikat hantar aku bertugas luar kawasan di sebuah panggung di sekitar johor. Kalau korang nak tau, dalam banyak-banyak tempat yang angker dalam sesebuah shopping kompleks, pawagam lah yang paling angker. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab nombor 1. Tiada ruang solat dalam kawasan panggung (kalau ada pun dalam mall, level mesti berbeza), dan tiada sesiapa yang bersolat dalam panggung 2. Ramai budak melayu yang aku jumpa buat projek dalam wayang, bangsa lain, boleh 'check in' hotel tanpa masalah, so budak2 melayu, nak check in, takut kena serbu jabatan agama, jalan paling mudah, panggung wayang la. Dah ramai aku cekup, dan call mak bapak diorang suruh kutip. Haha! Tulah gatal sangat! 3. Hall-hall dalam panggung ni b...

Hostel

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan. Aku teringat kisah masa aku tengah study dulu, dalam tahun 2001. Aku study kat kolej swasta sebelum aku cabut ke ipta masa semester ke 2 Hostel ni, kami diberikan rumah dua bilik, yang di isi 3 orang setiap bilik, maknanya untuk sebijik rumah ada 6 orang lah. Bangunan ni tinggi 4 tingkat, senang cerita macam flat, cuma dijadikan hostel je lah. Cerita nya, hari tu lepas kelas pagi, pada sebelah malam aku dan 9 orang lagi kawan2, berkumpul dan melepak dalam bilik sorang kawan ni (azim nama dia) kat tingkat 4. Berbual, main gitar, makan meggi 5 peket dalam satu bowl besar, isap rokok macam esok nak mampus, senang cerita borak tak ingat dunia, masing2 membahan sama sendiri. Daripada 10 orang yang melepak tu, sorang je penghuni bilik tu (si azim ni lah) yang ada kat situ, lagi dua orang lepak bilik 'klik' dia orang yang lain. Rokok pun abis, tak sedap bersemba...

Spotcheck

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan. Memang jadi rutin manager on duty wayang untuk buat 'spotcheck' 'occupancy' dalam hall. Occupancy ni maksudnya contohnyalah filem 'avatar' tiket yang dikoyakkan ada 10, so SEPATUTNYA jumlah pelanggan yang ada dalam panggung logiknya mestilah 10 orang kan? Kalo jumlah fisikal nya ada lebih, ada potensi staff bawak orang curi2 masuk, atau mungkin orang luar masuk curi2! So ceritanya ialah masa tu aku kena relief manager yang urgent leave kat ibu kota. Hall dia lagi banyak! Ada 12! Tapi kesemua 12 hall dibuka pada umum hanya pada hari minggu, hari2 biasa cuma 'run' 5-6hall je Lepas lunch, orang dah mula ramai, maybe orang sini tak minat nak tengok wayang 'early bird' kot Kalo tak silap movie tu, movie tamil. Occupancy pun tak ramai, ada dalam 12 orang je, untuk hall dengan total seat 120 orang, 12 orang tu cuma 10 peratus je So ...

Raksasa

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, moga bermanfaat. Tahun 2010-2016 aku kerja sebagai pengurus pawagam, selepas 5 kali tukar lokasi panggung atas alasan kenaikkan pangkat, aku loncat ke kompeni panggung yang baru untuk jawatan yang lebih baik, dengan gaji yang lebih baik. Masalah aku adalah, rumah aku kat melaka, sedangkan aku 'posting' kerja di seremban, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, tak larat aih nak hadap tol dan minyak pergi balik kerja dengan kereta, tak berbaloi kenaikkan gaji tu aku hambur untuk bayar tol dan minyak. Mahal la hawau! Jadi lepas bincang panjang dengan bini, aku buat keputusan untuk pergi dan balik kerja dengan motorsikal (bini aku tak bagi, sebab bila balik lewat, bahaya bawak motor atas highway). Jarak perjalanan 74km, masa diambil kurang lebih 45min-1jam 15min, untuk pengetahuan korang shift wayang ni ada dua je, kalo sebelah pagi 10pagi-4petang, sebelah malam pulak 4petang-1pagi (last show pukul 11...