Hantu ngekek
Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan. Insiden ni berlaku pada 5 syawal tahun 2001 setahun lepas aku spm, sepupu jauh dari pekan nanas datang tido rumah nenek aku. Nenek, mak aku dan mak sedara, tinggal dalam satu taman. Aki nama dia kita panggil tok aki, aku dengan sepupu aku butet, yang aku biasa lepak tiap2 malam pun ada sekali (dia ni dah macam abang aku dah, sekolah sama, bgaduh pun sama, banyak aktiviti 'lagha' yang aku buat dengan dia, cuma dia tua setahun je dari aku) Ceritanya malam tu semua dah bosan melepak main gitar, jadi member aku bagi cadangan... Pergi rumah tinggal... Cari 'entiti bukti'!! (time tu popular jugaklah rancangan entiti bukti dari indonesia ni) Adoiii...... Aku taknak ikut sebenarnya sebab beberapa bulan sebelum tu, aku dah ada insiden dengan 'gadis bertudung putih'! Tapi disebabkan terjadinya insiden cabar mencabar, menyirap darah kepahlawanan melay...